HAZAYANI ZAKARIA
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) belum membuat keputusan berhubung penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 yang dicadangkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.
Pengerusi Bersih Maria Chin berkata, pihaknya akan berbincang dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) yang teribat dalam gabungan itu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Belum ada (keputusan lagi). Kita akan bincang dengan NGO, mungkin ada (perhimpunan), mungkin tiada.
“Saya belum umum apa-apa dan mereka (NGO) belum bersedia. Jadi tiada sebarang keputusan lagi,” katanya kepada Malaysia Dateline.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan ketua polis negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak membenarkan Bersih 5.0 diadakan jika ia bertujuan menggulingkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
AAAAAKhamis lalu, Mahathir dalam sidang media di Putrajaya mencadangkan rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan aman untuk menuntut peletakan jawatan Najib ekoran saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) untuk merampas aset yang didakwa diperoleh melalui dana 1MDB.
Dalam saman itu, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank rasmi ‘Malaysian Official 1′ (MO1).
Laporan itu juga mendedahkan tokoh (MO1) itu sebagai “pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga mempunyai kedudukan berkuasa dalam 1MDB”.
Bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam sidang media sama kemudian menambah bahawa badan pemantau pilihan raya sedang mempertimbangkan cadangan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan