HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Julai 2016

PM mahu jemaah haji doakan Malaysia di Tanah Suci

 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (dua dari kiri) dan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (kiri) menyerahkan surat tawaran fardhu haji kepada wakil setiap negeri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 2 JULAI 2016.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (dua dari kiri) dan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (kiri) menyerahkan surat tawaran fardhu haji kepada wakil setiap negeri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, .


Perdana Menteri mahu bakal jemaah haji tajaan Yayasan 1MDB turut mendoakan kesejahteraan negara ketika beribadat di Tanah Suci.

"Bila kita di Tanah Suci selain doa untuk diri sendiri tolong doa untuk negara kita sama ada di Arafah, masjidil Haram..banyakkan doa, kita doa tuhan akan terima dan Allah minta kita minta dari Dia," ujar Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian dihadapan seramai 1,100 bakal jemaah haji pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Haji anjuran Yayasan 1MDB di Masjid Sultan Mizan hari ini.

Bagi Najib, kerajaan sangat menghargai peranan dakwah golongan berkenaan tetapi dalam masa menyedari sesetengah mereka menghadapi masalah kewangan untuk menunaikan haji.

"Program ini saya laksanakan kerana saya sedar kedududkan sebagai imam masjid, sebagai ketua kampung kalau tidak ada sumber lain untuk menabung dana secukupnya ramai yang mnghadapi kesukaran.

"Ada antara tuan-tuan.. (jumlah) tabung yang sangat kecil sampai sekarang kalau umur 70 tahun pun tidak cukup tabungan untuk menunaikan haji. Saya sedar dan simpati kerana tuan-tuan bekerja ikhlas kerana Allah dan tuan-tuan jadi penegak untuk memartabatkan kesucian Islam pada peringkat akar umbi membuatkan saya terpanggil untuk melakukan sesuatu," katanya lagi.

Sejak enam tahun lepas, Yayasan 1MDB telah membiayai sebanyak 4,611 jemaah haji melibatkan belanja RM10.4 juta, ujarnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas bantuan Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri yang membantu jemaah berkenaan daripada aspek kuota dan subsidi RM8,000 setiap seorang bakal jemaah.
Malah Malaysia Gazette difahamkan, setiap bakal jemaah yang sama turut menerima saguhati RM1,000 setiap seorang.

Selain itu, Perdana Menteri juga menekankan iltizam kerajaan memastikan pentadbiran negara memenuhi syarat-syarat maqasid syariah termasuk memperkenalkan Indeks Syariah sejak beberapa tahun lepas sebagai rujukan dalam bidang pentadbiran.

"Sebab itu kita berani buat Indeks Syariah yang kini telah mencapai 75.42 peratus skor setakat ini dan saya suruh jawatankuasa Kabinet tingkat pencapaian kita supaya segala usaha kita tidak lari daripada prinsip Islam dan jadi negara umat Islam terbaik," jelasnya.

Beliau juga menegaskan, disebalik celaan yang diterima oleh 1MDB, yayasan syarikat itu telah banyak berjasa untuk kebajikan sosial seperti membaiki rumah orang miskin, membantu belia dan wanita di negara ini.

Malah beliau yakin selepas apa yang berlaku, 1MDB akan kembali kukuh dan mantap semula tidak lama lagi sekaligus dapat memperuntukkan dana untuk terus membantu kebajikan sosial rakyat.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan: