MALAYSIAKINI
Susulan tindakan saman oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat
(AS) ke atas 1MDB, bertebaran di media sosial tentang bagaimana kerajaan
Malaysia didakwa sedang mencatur perjanjian dengan calon presiden AS,
Hillary Clinton.
Dakwaan tersebut yang disebarkan menerusi Whatsapp juga mengatakan
mendakwa seorang peguam terkemuka Malaysia terlibat dalam rundingan
melibatkan sumbangan sebesar AS$500 juta untuk kempen Clinton sebagai
tukaran kepada tindakan mengelak pendakwaan.
Sebuah portal pro-Umno menafikan dakwaan tersebut dan menyalahkan Sarawak Report kerana berbohong.
Bagaimanapun, tinjauan Malaysiakini tidak menjumpai sebarang kaitan mengenai isu berkenaan dalam Sarawak Report.
"Ini memang kes lawak antarabangsalah," kata MyKMU.net.
"Buat apa (Perdana Menteri) Najib (Razak) nak bayar hampir RM2
billion kepada Hillary bila beliau tak terkait pun dalam saman tersebut,
namanya pun tak wujud!!
"Itu pertama, kedua nak bayar Hillary buat apa bila belum tentu dia
menang pun, kok Trumph yang menang, macam mana? Ketiga, mana buktinya?,"
tanya portal tersebut.
Sambil menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad, portal itu berkata, bekas
perdana menteri berkenaan ialah satu-satunya pemimpin negara ini yang
membayar berjuta-juta ringgit untuk bekerjasama dengan presiden AS.
"Rakyat sebaliknya kena faham fakta dan berhujah ikut fakta juga. RM2
billion bukan sikit untuk Najib membayar bagi hasil yang belum pasti.
"Dan paling penting sekali ni dalam saman sivil yang difailkan DoJ
itu, selain sumbernya datang dari kuncu-kuncu Mahathir, tujuannya ialah
untuk merampas harta dari 4 individu yang dinamakan – Najib bukan salah
seorang darinya,
"Lawak ini adalah jalan keluar jika nanti terbukti Najib tidak
terbabit seperti yang dipercayai pentaksub Mahathir dan pembangkang hari
ini. Puak-puak ini otaknya terbelit, sentiasa ada jalan dan sentiasa
ada cara untuk melepaskan diri," tambahnya.
Malaysiakini telah menghubungi peguam terkenal yang disebut dalam
dakwaan tersebut dan Kementerian Luar Negeri untuk memberikan maklum
balas dan sedang menunggu jawapan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan