PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membebaskan pegawai
kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergelar Datuk Seri daripada
tahanan reman pagi ini bagi kes siasatan rasuah dan pengubahan wang
haram.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki berusia
54 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) berjumlah RM300,000.
Lelaki itu direman sejak 16 Ogos lalu bagi membantu siasatan mengikut
Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4 (1)(b) Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil
Daripada Aktiviti Haram 2001.
Sementara itu, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dibebaskan
daripada tahanan reman pagi ini, bagi kes siasatan rasuah urusan
pengeluaran kayu balak di Pantai Timur dengan jaminan SPRM berjumlah
RM10,000.
Lelaki berusia 64 tahun itu direman bermula 23 Ogos lalu bagi siasatan kes rasuah berjumlah RM500,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan