MALAYSIAKINI
Kerajaan lalu dilihat gagal memberi tumpuan terhadap pengangkutan
awam di negara ini menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
berkata, beliau perlu memperbetulkan kelemahan tersebut.
"Sejak berdekad lalu kita (kerajaan) tidak memberi tumpuan kepada pembangunan pengangkutan awam.
“Kini kita berdepan akibat kurangnya fokus dengan masalah trafik
bukan sahaja di Lembah Klang, tetapi banyak bandar-bandar lain,”
katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika perasmian majlis pecah
tanah MRT aliran Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya di Putrajaya
Sentral hari ini.
Katanya, kesan kesesakan lalu lintas yang teruk menyebabkan terdapat
kawasan bandar kurang ideal untuk didiami sekaligus membuatkan pelabur
dan pelancong kurang berminat untuk ke negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan