HALAMAN SANTAI

Isnin, 12 September 2016

Tidak ada lagi insentif 30% buat atlet paralimpik - KJ

MALAYSIA GAZETTE


Khairy bersama Ziyad
Khairy bersama Ziyad
 
 
Atlet paralimpik Malaysia akan diberi ganjaran yang sama, sekali gus menjadikan negara ini satu-satunya negara yang memberi insentif sama rata kepada atlet-atlet biasa dan 'luar biasa', kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau, pencapaian dan pengorbanan atlet paralimpik mesti dihormati yang sama seperti atlet lain. Bukan 30 peratus daripada atlet 'normal'.

"Saya tidak akan tahu bagaimana untuk merasa 30 peratus berbangga dengan mereka. Saya hanya merasa 100 peratus berbangga dengan wira paralimpik kita. Mereka telah menunjukkan kepada kita bahawa ya, mereka tidak biasa. Mereka adalah yang luar biasa. LUAR BIASA!," katanya menerusi Facebook.

Dalam Facebook itu, Khairy juga mengimbau kembali bagaimana beliau menerima berita dari Lyon,
France tiga tahun lalu apabila seorang atlet negara, Ziyad Zolkefli telah memenangi di kejohanan olahraga dunia.

Selepas itu beliau bertanya kepada pegawai kementerian tentang insentif untuk kemenangan tersebut dan beliau diberi jawapan memang ada.

"Tapi YB jumlah yang diberi kurang sebab ini sukan para". Saya tanya kurang berapa. "Atlet para ni dapat 30 peratus dari nilai ganjaran atlet biasa/normal."

"Beberapa hari kemudian ada mesyuarat Lembaga Majlis Sukan Negara. Saya selaku Menteri dan juga Pengerusi MSN sendiri bangkitkan isu ganjaran untuk atlet para. Saya kata tidak adil mereka terima insentif kurang dari atlet biasa. Saya cadangkan kita tukar polisi ini. Bagi sama rata.

"Macam-macam hujah diberi untuk menidakkan cadangan saya. "Paralimpik ini baharu." "Acara mereka tak ramai penyertaan." "Paralimpik ini terlalu banyak kategori acara, mudah untuk menang. Nampak gaya lembaga cenderung untuk menolak cadangan saya," katanya.

Khairy berkata, mengingat pengorbanan Ziyad yang mengatasi kekurangan atlet itu membuatnya tidak mahu mengalah.

"Saya pinjamkan semangat Ziyad dan saya tanya satu soalan sahaja. Saya masih ingat, saya tanya dalam Bahasa Inggeris. "Do any of you around this table know what it takes to become a world champion with a disability? What it takes to overcome your disability and succeed?" Tiada seorang pun dapat menjawab.
Saya sambung, "Baiklah, daripada sekarang atlet Malaysia semua, tak kira biasa ke, para ke, diberi ganjaran yang sama.

"Terima kasih Ziyad kerana memberi saya semangat untuk mengubah layanan terhadap atlet para tiga tahun lepas," katanya. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: