shahbudindotcom
Barangkali
masih ramai yang keliru mengenai masalah sebenar yang dihadapi negara.
Bagi penyokong UMNO dan Najib Razak, daripada yang dapat dedak secara
bulanan atau sekali-sekala sehinggalah kepada pemimpin yang diberikan
habuan jawatan, kontrak atau kedudukan, mereka nampaknya lebih cenderung
untuk melihat Tun Mahathir Mohamad sebagai punca segala-galanya.
Seolah-olah
jika Tun Mahathir berdiam diri dan tidak berkata apa-apa, malah
menyokong semua langkah dan perbuatan Najib Razak, seluruh rakyat akan
menikmati kehidupan yang lebih baik dan bahagia.
Benarkah begitu?
Bagi
mereka yang waras dan berfikir dengan jujur, agak memualkan sebenarnya
apabila Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa menyarankan agar Najib Razak
berani merombak beberapa legasi Tun Mahathir yang dianggapnya memberi
kesan negatif kepada rakyat.
Beliau
mengambil contoh penswastaan lebuhraya yang ditandatangani di zaman Tun
Mahathir yang mensyaratkan kenaikan tol dalam tempoh tertentu dan
pengurusan sisa pepejal yang membebankan pihak berkuasa tempatan,
sebagai contoh legasi negatif yang perlu dirombak oleh Najib.
Benarkah
legasi Tun Mahathir yang menjadi masalah atau legasi itu merupakan
masalah kerana Tun Mahathir begitu lantang mahu menyingkirkan Najib?
Dalam
kes kenaikan tol misalnya, kenapa ia tidak menimbulkan banyak rungutan
dan bantahan daripada orangramai ketika Tun Mahathir sedang berkuasa,
sebaliknya hanya sekarang ia menjadi masalah?
Tidakkah
ini menunjukkan yang menjadi masalah bukan disebabkan kenaikan tol yang
merupakan tinggalan Tun Mahathir itu, tetapi kerana pendapatan dan
kuasa beli rakyat yang makin mengecil?
Mengapa, selain beberapa kenaikan kos sara hidup, rakyat sekarang ini semakin sukar memperolehi wang berbanding sebelumnya?
Adakah
dengan merombak legasi Tun Mahathir, tetapi membiarkan Najib terus
kekal, mampu mendatangkan banyak kebaikan dan memulihkan keadaan dalam
negara?
Antara Tun Mahathir dan Najib, siapa yang lebih tidak diperlukan oleh kita semua?
Tanpa
huraian panjang pun, jika dibandingkan antara legasi Tun Mahathir
dengan pelbagai karenah dalam kepimpinan Najib, kita dengan mudah
mendapat jawapan siapa yang sebenarnya menyusahkan kita semua.
Bukan
Tun Mahathir yang banyak legasi atau Pak Lah yang tiada legasi yang
menjadi masalah kita, tetapi beban kita ialah Najib yang tidak boleh
lagi dibersihkan atau dicuci kekotorannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan