Penduduk
rumah-rumah pangsa kos rendah di negeri Selangor semakin tertekan
ekoran sikap tidak ambil peduli oleh kerajaan negeri menyebabkan rakyat
hilang kepercayaan di bawah slogan yang dilaungkan iaitu Negeri
Berkebajikan.
Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar berkata, boleh dikatakan semua kawasan perumahan yang dilawati tidak ada satu pun yang tidak bermasalah.
"Air mata saya menitik setiap kali melihat keadaan penduduk yang terpaksa berhadapan dengan seribu masalah seperti air, sampah, kerosakan lif, tempat riadah yang tidak terurus dan macam-macam lagi.
"Ini semua tanggungjawab kerajaan negeri sebab kuasa di tangan mereka. Sepatutnya kerajaan negeri bersyukur kerana semua rumah-rumah pangsa ini dbina sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah.
"Aduan begitu banyak disalurkan kepada pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetapi tidak dilayan menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk dan membebankan rakyat," katanya ketika melawat rumah pangsa Kampung Tasik Tambahan di Ampang pagi ini.
Alasan penduduk tidak berdisiplin dan tidak tahu menjaga kemudahan awam, bagi Noh, tidak boleh diterima memandangkan sikap kerajaan negeri yang jelas lepas tangan dalam semua perkara.
"Ini masalah rakyat yang perlu diambil berat oleh pemimpin yang diberi kepercayaan untuk menggalas amanah dan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
"Kerajaan negeri janganlan nak mendabik dada tentang kekayaan yang dikumpul tetapi lihatlah juga apa yang diperlukan rakyat," jelasnya.
Kata Noh lagi, biarpun di bawah tanggungjawab kerajaan negeri, dia tetap akan turun padang bertemu penduduk atas kapasitinya sebagai Menteri yang mewakili kerajaan pusat untuk meninjau dan membantu rakyat bermasalah.
"Kita bukan nak campur urusan kerajaan negeri tetapi kita dari BN ada peri kemanusiaan dan tidak sampai hati melihat nasib rakyat diabaikan.
"Apa orang nak kata, saya tak peduli tetapi apa yang penting, rakyat ada saluran untuk mengadu nasib dan meluahkan apa yang dideritai selama ini," ujarnya. - MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan