HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Disember 2016

Dakwaan skandal seks Muhyiddin gugat persepsi rakyat terhadap pembangkang - Penganalisis

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Skandal seks yang melanda Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pasti sedikit sebanyak mengundang persepsi negatif rakyat terhadap pembangkang.
 
Menurut penganalisis politik Azmi Hassan, walaupun ia tidak menjejaskan hubungan antara PPBM bersama Pakatan Harapan (PH) tetapi rakyat akan menilai prinsip yang diperjuangkan mereka.  
 
"Bukan saja ia boleh menjadi modal kepada kerajaan tapi sudah pasti rakyat akan menilai, di mana prinsip PH dan PPBM itu. 
 
"Jadi sebab itu dikatakan skandal ini tidak akan merosakkan hubungan PPBM dan PH tapi penilaian rakyat itu kemungkinan akan jauh berbeza dan ia akan memberi satu persepsi negatif terhadap PH secara keseluruhannya," katanya kepada Antarapos.
 
Menjelaskan lebih lanjut, Azmi berkata pembangkang sebelum ini terutamanya PH sering melaung-laungkan bahawa mereka adalah parti yang bersih daripada sebarang skandal.
 
"Ya betul, selama ni pembangkang terutama PH cuba menggambarkan mereka adalah bersih dari segala-galanya tapi dengan skandal ini pasti akan dikatakan membuat rakyat berfikir dua tiga kali tentang prinsip sebenar perjuangan pembangkang dan PH      
 
Justeru katanya, walaupun skandal ini bakal menggugat kepercayaan rakyat tetapi Azmi percaya ia tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua parti berkenaan yang saling memerlukan dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
   
Ini kerana menurut Azmi, pemimpin PH sebelum ini sudah beberapa kali terpalit dengan beberapa skandal seperti rasuah dan kes liwat tetapi ia tidak memutuskan hubungan mereka.
 
"Saya menjangkakan ia tidak akan menjadi masalah atau isu yang besar kalau dikaitkan dengan pertalian mereka (PPBM) dengan PH itu.
 
"Kalau ikutkan banyak lagi skandal yang lebih besar (dalam PH) tetapi PH masih lagi dapat bekerjasama antara parti komponen mereka. Sebab itu (tak jejas) kerana mereka saling memerlukan, jadi saya jangkakan ia tidak akan merosakkan pertalian dua-dua parti ini," katanya lagi.
 
Terdahulu, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) memberi jaminan akan meneliti 'bukti' skandal seks yang kononnya membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu.
 
Perkara itu diberitahu oleh Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah yang menerima surat daripada majlis agama berkenaan.
 
JMM juga melaporkan dakwaan sama kepada Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) pada 16 November lalu.
 
 

Tiada ulasan: