HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Disember 2016

Bantu warga emas miliki lesen motosikal


OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM – Lebih 100 warga emas di DUN Gombak Setia tidak melepasskan peluang mendapatkan lesen B2 dengan harga serendah RM170.

Program itu merupakan anjuran bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Khidmat Masyarat (PKM) DUN Gombak Setia.

ADN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan berkata, penganjurannya bertepatan dengan keperluan semasa selain meningkatkan pematuhan peraturan dalam kalangan warga emas walaupun motosikal hanya digunakan di kampung.

gs-1
“Program ini sebagai laluan bagi mereka mendapatkan lesen dan meningkatkan ciri keselamatan.

“Kebanyakkan mereka sudah mempunyai asas menunggang motosikal untuk ke masjid serta menghantar anak atau cucu ke sekolah tetapi tidak ada lesen,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Hasbullah, proses mendapatkan lesen tersebut mengambil masa selama empat minggu berlangsung di Masjid As-Syakirin melibatkan kelas, ujian bertulis, praktikal dan ujian lapangan bagi mendapatkan lesen P.

gs2

“Kita bantu mereka untuk sah di sisi undang-undang dengan harga jauh lebih murah. Jika mengalami kemalangan, hak mereka juga di lindungi.

“PKM Gombak mengambil masa sebulan untuk mengumpulkan peserta dan disusuli mendaftarkan nama mereka,” katanya.-nR-

Tiada ulasan: