HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Disember 2016

MET: Amaran hujan lebat peringkat jingga dikeluarkan

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Amaran hujan lebat peringkat jingga dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berlaku di pantai timur Semenanjung Malaysia.

MetMalaysia dalam satu kenyataan menyatakan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat berlaku di negeri Pahang (Daerah Maran, Bera, Rompin, Pekan, Kuantan dan Jerantut) dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Rabu, 28 Disember.

amaran-jingga

Sementara amaran hujan lebat peringkat kuning dijangka berlaku di Kelantan mulai sehingga Rabu, 28 Disember.

Hujan lebat dijangka berlaku di Johor dan Sarawak (Bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu) mulai dari Rabu, 28 Disember sehingga Jumaat, 30 Disember.

MetMalaysia melalui laman web dikemas kini pada jam 6.15 pagi tadi, melaporkan Nock-Ten  dicerap pada jam 5 pagi itu berada di latitud 13.4 Utara dan longitud 122.0 Timur, kira-kira 179km ke tenggara Manila, Filipina.

Taufan (Nock-Ten) bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j).

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 km/j dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Laut China Selatan.=EZY=

Tiada ulasan: