HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Disember 2016

Anak muda PPBM S’gor ini juga sudi Jamal simbah mereka dengan air longkang

 

Selepas insiden seorang wanita PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga disimbah dengan air longkang oleh Datuk Jamal Yunos dan penyokongnya, muncul wakil anak muda PPBM yang mahu hadir di depan rumah Ketua Bahagian Umno itu dan menjemputnya membuat tindakan sama.

Pengerusi Armada Negeri Selangor, Adhif Syan Abdullah menyifatkan Jamal sebagai lelaki dayus kerana membuli wanita dengan tindakan jijik dan kejinya menghina seorang wanita walhal Syarul Ema Rena berniat baik untuk memberikannya air memandangkan Jamal mengadu sebelum ini rumahnya tiada air.

“”Kenapa Jamal kata tak ada air, tapi tak nak terima bantuan air yang NGO Ratu Naga hantar?”

“Hukum pukul perempuan bukan sahaja bererti lelaki itu dayus, pukul perempuan bererti lelaki itu zalim dan sekiranya pukul itu menyebabkan luka – luka, lebam, berdarah atau yang sewaktu hukumnya adalah haram,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi Adhif, tindakan Jamal itu mencerminkan sikap kurang ajar pemimpin Umno seluruhnya, malah tidak ada pemimpin Umno negeri itu yang berani menegur Jamal walaupun sudah berkali-kali menunjukkan kebiadabannya sekaligus menimbulkan tanda tanya adakah Umno negeri itu merestui dan mengupah Jamal melakukan kerja kotor seperti itu.

“Mengapa Jamal dan pengikutnya berkelakuan seperti binatang? Binatang sahaja tidak ada adab dan disiplin, bayangkan kalau Jamal dilayan dengan tindakan sama semasa di depan SUK Selangor dengan dilondehkan tuala kembannya? Apakah reaksi beliau? Sudah-sudahlah Jamal, tak cukup lagi kah hidung berdarah tempoh hari di Ampang?

“Pemimpin Umno negeri Selangor berdiam diri dengan sikap Jamal ini, adakah mereka membayar Jamal dengan memberikan dedak untuk melakukan kerja kotor bagi pihak Umno?” katanya.

Beliau juga membidas Jamal yang cuba mengambil kesempatan dengan mempolitikan isu air walhal kerajaan Selangor sudah menyediakan pelan bantuan bekalan air untuk menangani gangguan air tidak berjadual itu.

“Jamal sengaja mempolitikkan isu air di Selangor demi dedak daripada tuannya, pemakan dedak seperti Jamal sanggup telanjang demi menjadi anjing kepada tuannya. Tidak hairan jika beliau sampai sanggup berkemban di SUK semalam,” katanya.

Dalam pada itu, Adhif juga merancang untuk mengadakan sidang media di depan rumah Jamal bagi melihat reaksinya adakah berani mengulangi tindakan kurang ajar terhadap Syarul Ema.

“Bagi melihat sejauh mana tahap kurang ajar Jamal, Armada PPBM pula akan mengadakan sidang media depan rumah Jamal selepas ini. Para pengamal media dijemput untuk membuat liputan. Armada PPBM Selangor juga mahu menyerahkan sendiri bantuan air kepada Jamal,” katanya.

Tiada ulasan: