shahbudindotcom
Apa? Pas parti makan keliling?
Siapa yang membuat dakwaan tersebut?
Jika
PPBM yang membuat dakwaan seperti itu, mungkin ada logiknya juga kerana
parti itu sedang dalam proses rundingan dengan Pas dan tarikh
pertengahan Januari adalah tempoh yang ditetapkan untuk memuktamadkan
kata putus mengenainya.
Begitu
juga jika UMNO yang membuat dakwaan yang sama, ia barangkali boleh lagi
diterima kerana setelah Najib Razak dan Hadi Awang saling sedondon
berbaju merah jambu, kemudian berpimpin tangan pula atas nama Rohingya,
tetapi dalam masa yang sama Pas nampaknya masih tetap membuka pintu
hatinya untuk dipikat oleh PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir
Mohamad.
Malah,
jika PKR yang memberi tempat, kedudukan serta jawatan kepada Pas dalam
kerajaan negeri Selangor melabelkan makan keliling itu, ia juga tidaklah
sukar untuk difahami.
Namun, dakwaan Pas makan keliling itu dibuat oleh Ahli Parlimen Pas, Mahfuz Omar sendiri.
Menjawab
kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki yang
menyatakan parti itu terbuka untuk menubuhkan kerajaan campuran selepas
PRU 14, sama ada dengan Pakatan Harapan atau BN, Mahfuz menyifatkan ia
suatu kenyataan yang menggambarkan Pas adalah oportunis, tidak
berprinsip serta tidak boleh dipercayai dan mahu makan keliling
sifatnya.
Berat
sangat dakwaan ini kerana sebagai parti yang berjuang atas nama Islam,
makan keliling bukanlah sikap yang seharusnya dijadikan pendekatan. Pas
mesti ada prinsip, pegangan dan pendirian.
Tidak mahukah Pas memberi amaran keras, menghantar surat tunjuk sebab atau memecat terus Ahli Parlimen Pas itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan