HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Disember 2016

LZS agih zakat RM112,099 lima asnaf memerlukan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM122,099 kepada lima Asnaf Fakir dan Miskin baru-baru ini.

Bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), majlis agihan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hussin Mohd Ali.

Lembaga Zakat Selangor (LZS)
“Ini adalah sebahagian kecil bantuan yang disalurkan menerusi dana zakat di Selangor untuk tahun ini.

“Diharap bantuan ini memberi sinar dan kehidupan lebih baik buat keluarga berkenaan,” katanya.

Daripada jumlah itu, tiga daripadanya menerima bantuan baik pulih rumah iaitu Badrul Hisham Pilos yang menerima RM25,000, Rosli Wak (RM24,859) dan Ramlah Abdul Rahman (RM12,800).

Manakala dua lagi menerima bantuan zakat bagi membiayai kos rawatan dialisis iaitu Adi Samat menerima bantuan zakat berjumlah RM35,280 dan Nursyaheeda Ariffin (RM14,160).=EZY=

Tiada ulasan: