HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Disember 2016

Amanah tuntut penjelasan punca pengecilan Bahagian Operasi Khas SPRM

MALAYSIA DATELINE

Salahuddin AyubSalahuddin Ayub
 Parti Amanah Negara (Amanah) menuntut penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad berhubung laporan yang mendakwa Bahagian Operasi Khas badan itu yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi telah dikecilkan operasinya.

 Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata, parti itu meminta satu kenyataan rasmi dikeluarkan SPRM bagi menjelaskan sebab Bahagian Operasi Khas yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu dikecilkan operasinya.

"Mengapa bahagian sepenting ini, yang sebelum ini mengendalikan kes-kes berprofil tinggi seperti berkaitan dengan 1MDB, Felda dan lain-lain perlu dikecilkan?

"Sedangkan keperluan untuk ianya diperkasakan sangat mendesak mutakhir ini.

"Apatah lagi, kita didedahkan dengan perkembangan dan penemuan baharu mengenai skandal 1MDB yang menuntut siasatan kes ini dibuka semula," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru Salahuddin berkata, jika laporan berkenaan pengecilan Bahagian Operasi Khas ini benar, Amanah amat kecewa.

"Kekecewaan teramat sangat dan kami menyifatkan ianya satu langkah terkebelakang.

"Diharapkan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad dapat menjelaskan perkara ini bagi memastikan badan ini terus dilihat berwibawa dan berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara," ujarnya.

Datuk Dzulkifli AhmadDatuk Dzulkifli Ahmad  

Tiada ulasan: