HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Disember 2016

Myanmar Sedia Bertindak Terhadap Flotila Malaysia

MSTAR ONLINE
 
 


YANGON: Kerajaan Myanmar sedia bertindak balas terhadap sebarang flotila kemanusiaan yang memasuki kawasan perairan negara itu tanpa kebenaran rasmi.

Jurucakap Pejabat Presiden Myanmar, Zaw Htay berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang permintaan misi kemanusiaan dari mana-mana pihak dan tidak akan membenarkan ketibaan flotila ke negara ini tanpa kebenaran rasmi.

"Jika mereka (flotila) mencari masalah, kami tidak boleh menerimanya.

"Rakyat bukan Myanmar tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan negara kami tanpa kebenaran.

"Jika mereka berdegil, kami akan bertindak balas. Kami tidak akan menyerang mereka tetapi kami juga tidak akan menerima mereka," katanya.

Kenyataan Zaw Htay itu dipercayai merujuk kenyataan wakil flotila kemanusiaan dari Malaysia, Zulhanis Zainol yang telah mengemukakan permohonan kebenaran daripada Myanmar menerusi kedutaan negara tersebut di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Zulhanis berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang jawapan daripada pihak kedutaan tersebut.

"Walaupun kami tidak menerima maklum balas, misi ini tetap akan diteruskan kerana ia merupakan misi kemanusiaan yang penting," katanya.

Berdasarkan perancangan, misi kemanusiaan yang disertai pertubuhan bukan kerajaan (NGOT) termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Kelab Putra 1Malaysia akan dilaksanakan pada 10 Januari depan dengan melibatkan penghantaran kira-kira 200 tan bekalan makanan, ubat dan keperluan asas.

Tiada ulasan: