shahbudindotcom
Mufti
Perak, Harussani Zakaria dilaporkan meminta Tun Mahathir Mohamad supaya
berhenti daripada terus mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan
pimpinan Najib Razak, sebaliknya menggunakan baki usia yang ada untuk
memperbaiki serta meningkatkan amalan seharian.
Saya
nasihatkan berhentilah mencari jalan yang bukan-bukan untuk menjatuhkan
orang lain, lebih baik beramal di hujung usia yang masih ada, kata
beliau.
Seperti
biasa, inilah selalunya wajah sebenar para mufti, kecuali seorang dua
iaitu diam atau tidak berani menegur segala kebejatan pemerintah, tetapi
pantas membuka mulut kepada orang lain yang berani mengkritik kerajaan?
Apakah
saranan agar memperbaiki amalan sendiri itu suatu perkara yang betul
dan perlu diutamakan pada pandangan ulama dan agamawan apabila berdepan
kekalutan yang kronik dalam negara?
Apakah
Harussani faham mengenai skandal 1MDB, SRC International, pemecatan
Peguam Negara, perlambakan kontrak-kontrak kerajaan pada harga tinggi
kepada China, pembelian Eagle High oleh Felda yang lebih RM1.43 bilion
berbanding harga pasaran serta seribu satu kemungkaran yang lain yang
berlaku silih berganti?
Bila
Harussani mahu menegur Najib berkaitan semua perkara di atas, termasuk
berkaitan pembaziran serta kemewahan melampau yang menjadi budaya
keluarga Perdana Menteri sejak menduduki Seri Perdana?
Tidakkah
apabila Tun Mahathir bersuara, beliau sebenarnya telah melakukan amalan
fardu kifayah yang turut mendatangkan pahala, bukan saja kepada dirinya
tetapi juga kepada orang lain?
Selain itu, mana Harussani tahu Tun Mahathir tidak memperbaiki dan meningkatkan amalan peribadinya di hujung usia?
Apakah pahala dan bekalan ke akhirat hanya ada di atas sejadah sahaja?
Antara
meningkat dan memperbaiki amalan peribadi dengan berjuang dalam konteks
yang lebih besar untuk menyelamatkan negara, yang manakah memberi
pahala lebih besar?
Apabila
Harussani menegur Tun Mahathir, sebenarnya rakyat negara ini lebih
banyak lagi pertanyaan untuk ditujukan kepadanya sehingga ada yang
bertanya, sudah cukupkah amalan peribadi mufti itu sendiri untuk
menampung dosa atas sikapnya yang lebih condong kepada kerajaan
kleptokrasi sekarang ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan