HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Disember 2016

Tun M tak berhak keluar 'fatwa' mengenai BR1M - Harussani

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menasihatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berhenti daripada terus mencari jalan menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak. 
 
Ujar Harussani, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebaliknya dinasihatkan untuk menggunakan baki usia yang ada untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan.
 
Beliau merujuk kepada kenyataan terbaru Mahathir berhubung Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang didakwa sebagai wang rasuah.
 
"Dr Mahathir tidak berhak mengeluarkan fatwa mengenai BR1M kerana beliau bukan orang alim, malah beliau mungkin tidak memahami takrif rasuah. 
 
"Saya nasihatkan berhentilah mencari jalan menjatuhkan orang dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan, lebih baik beramal di hujung hayat yang masih ada. 
 
"Tuduhan Dr Mahathir itu akhirnya akan menimbulkan kebencian rakyat sedangkan beliau tahu siapa saja yang makan rasuah sudah tentu masuk neraka sedangkan bantuan itu adalah antara program kebajikan untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik. 
 
"Sikap Dr Mahathir itu jelas menggambarkan beliau sebagai orang yang kecewa dan berputus asa apabila parti baharu yang ditubuhkan itu gagal meraih sokongan dan sambutan daripada rakyat," katanya dipetik Berita Harian Online.
 
Ahad lalu Mahathir dilapor mendakwa BR1M adalah satu bentuk rasuah, dan dengan itu, pemberiannya adalah salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.
 
Dakwa Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan BR1M bagi meraih sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 


Tiada ulasan: