HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Disember 2016

Polis panggil Azmin kerana mahu maklumat - Pakar undang-undang

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tidak perlu menyalahkan pihak berkuasa ekoran dipanggil untuk memberi kenyataan bersabit pendedahannya yang mempersoalkan perolehan lesen penjualan senjata api oleh anak perempuan Ketua Polis Negara.
 
Menurut pakar undang-undang Prof Madya Dr Salawati Mat Basir, tidak menjadi kesalahan untuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil Timbalan Presiden PKR itu bagi mendapatkan maklumat lanjut bagi melicinkan siasatan terhadap isu berkenaan.
 
Saya rasa dia tidak payah marahkan polis sebab dia yang timbulkan isu ini jadi pihak berkuasa panggil. Tidak semestinya dipanggil itu dia akan dikenakan tindakan. 
"Polis hanya mahu tahu apa bukti yang dia ada untuk lemparkan tuduhan tersebut dan setakat mana Azmin ada pengetahun tentang perkara tersebut dan maklumat yang dia ada untuk siasatan polis mengenai dakwaan itu samada telus atau tidak," katanya kepada Antarapos.
 
Salawati yang juga Timbalan Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata demikian merujuk kepada tindakan Azmin yang mempersoalkan tindakan polis yang memanggil beliau untuk memberikan keterangan berhubung kenyataannya sebelum ini.
 
Azmin dipanggil polis bagi memberikan keterangan berhubung satu kenyataan beliau pada satu ceramah pada 3 Mei lalu mempersoalkan bagaimana anak perempuan Khalid mendapat lesen untuk menjual senjata api.
 
Semalam beliau hadir di Ibu Pejabat Polis Shah Alam selama sejam bagi memberikan keterangan dengan ditemani peguamnya N. Surendran.
 
Salawati menjelaskan, ada kemungkinan polis memanggil Azmin kerana mengambil kira cara pendedahannya itu tidak kena pada tempatnya. 
 
"Apa sebenarnya niat dia cakap sebegitu, pihak polis akan tanya apa niat dia sewaktu itu. Dia boleh persoalkan di acara lain sebab itu menampakkan niat dia yang ada tujuan politik, jadi itu yang dia dipanggil oleh polis. 
 
"Saya rasa dia dipanggil untuk melihat sejauh mana kesahihan yang dia dakwa itu berketepatan dengan niat dia, jadi polis nak tahu sebab dia sudah persoalkan keluarga KPN. Maka mereka mahu tahu niat dia menjurus kepada apa," ujar Salawati berhubung dakwaan Azmin.
 
Azmin dipercayai membangkitkan isu itu selepas ia didedahkan menerusi laporan Sarawak Report bahawa syarikat Nilam Arms and Ammunitions berkemungkinan ada konflik kepentingan kerana status Khalid sebagai ketua polis yang meluluskan lesen berkenaan.
 
 

Tiada ulasan: