HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Disember 2016

IBFIM sumbang RM 22,321.93 kepada 135 pelajar miskin

ISMA WEB
 
 


Pantai Dalam – Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan Peduli dan Prihatin menyampaikan sumbangan daripada Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) berjumlah RM 22,321.93 kepada 135 pelajar miskin.

Pelajar berkenaan yang dikumpulkan oleh Masjid Jamek Al Khadijiah adalah terdiri daripada keluarga yang mempunyai pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan.

Selain itu, mereka turut menerima sumbangan wang tunai dan al-Quran daripada Yayasan Nur Karangkraf yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shafiq Mohd Aswadi, Pegawai Shariah IBFIM serta Pengerusi Masjid Jamek Al Khadijiah, Datuk Haji Zulkifli Ismail.

Salah seorang ibu kepada pelajar berkenaan berkata kepada wartawan Yayasan Ikhlas, bantuan kewangan yang diberi ini membantu untuk membeli barang keperluan yang belum ada.

Sementara itu, bapa kepada tiga orang pula bersyukur kerana tiga orang anaknya menerima bantuan ini.

Sebelum majlis penyerahan dijalankan, penerima bantuan  diberi motivasi oleh wakil Aman Palestin Damansara.


Tiada ulasan: