HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Disember 2016

MBSA perkenal Saluran Aduan Intergriti, tolak budaya rasuah


MBSA

OLEH ERMIZI MUHAMAD


SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperkenalkan sistem Saluran Aduan Intergriti MBSA sebagai panduan masyarakat awam mengemukakan sebarang aduan terhadap salah laku warga kerjanya.

MBSA berkata, skop aduan merangkumi beberapa kesalahan utama antaranya salah guna kuasa dan penyelewengan, budaya rasuah, pelanggaran undang-undang, pengurusan kewangan tidak cekap dan ketidakjujuran.

Selain itu, aduan berkait kesalahan pembaziran sumber kerajaan, pembocoran dan penyalahgunaan rahsia kerajaan dan kesalahan penyalahgunaan dadah boleh dikemukakan.

“Jangan kuatir, pemberi maklumat dilindungi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” kata MBSA dalam kenyataannya.

Dalam perkembangan itu, laporan boleh dibuat menerusi medium emel di intergiriti@mbsa.gov.my, aduan online di iAduan, atau hubungi terus pegawai aduan di talian 03-551-5133.

Orang awam juga boleh hadir ke kaunter Unit Intergiriti MBSA dan berjumpa terus dengan pegawai bertugas untuk memberikan keterangan berhubung aduan ingin dikemukakan.

Terdahulu, MBSA terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di bawah pentadbirannya ke arah menjadikan organisasi tersebut cemerlang dengan melahirkan penjawat awam telus dan berdedikasi.-nR

Tiada ulasan: