shahbudindotcom
Sejak
semalam lagi isu pengguguran Anina Saadudin sebagai Ketua Srikandi PPBM
menjadi bualan di mana-mana apabila bekas ahli UMNO Langkawi itu
sendiri mendedahkan kedudukan dirinya yang sebenar.
Amatlah
malang sebenarnya, sementara sebelum ini isu berkaitan beliau itu hanya
menjadi bualan senyap di media-media sosial, sebaliknya kini Anina
sendiri membuka mulut dan seolah-olah mahu semua orang menumpu
kepadanya.
Lebih
menarik dalam jawapan mengenai perasaannya apabila dilucutkan
jawatannya itu, Anina sinis menjawab, "Tanya dulu perasaan Muhyiddin
Yassin dan Mukhriz Mahathir apabila dilucutkan jawatan oleh UMNO.
"Saya
nak tahu jawapan mereka. Lepas itu, saya jawab apa perasaan saya. Dulu
saya bela mereka, saya lupa nak tanya apa perasaan mereka. Saya hanya
bangun dan bela mereka tanpa berfikir panjang."
Wajarkah
seseorang yang berpendidikan tinggi dan pernah bergelar pensyarah
sebelum ini, memberi jawapan sebegitu rupa dalam konteks berparti dan
berpersatuan?
Terlihat
bahawa jawapan Anina terpercik nada ego dan sedikit kurang ajar
terhadap pemimpinnya sendiri. Anina harus sedar, beliau hanya dilucutkan
jawatan Ketua Srikandi, tetapi masih lagi berjawatan Ahli Pimpinan
Tertinggi PPBM.
Walaupun
Anina mendakwa perlucutan jawatannya kerana tersebarnya "perbualan seks
bodoh" mengenai dirinya, Anina juga harus sedar beliau barangkali turut
dilingkari masalah-masalah lain yang tidak disedarinya mungkin telah
menyebabkan pimpinan tertinggi PPBM merasakan beliau lebih sesuai
sebagai Ahli MPT saja berbanding Ketua Srikandi.
Jawatan
Ahli MPT itu sebenarnya sudah cukup tinggi bagi Anina yang semasa dalam
UMNO, tidak pernah pun menjadi Ketua Wanita Bahagian, apatah lagi
menjawat jawatan lain di peringkat negeri dan pusat. Maka, bersyukur dan
berpada-padalah dalam mengangkat diri sendiri.
Apabila
Anina memilih untuk berucap dengan mengatakan Najib Razak "kencing ahli
UMNO" dan memintanya "segera berubat", beliau seharusnya sedar sama ada
mahu konsisten dan tahan cabaran dengan jalan yang dipilih atau
sebaliknya.
Sikit-sikit
dugaan, cabaran dan halangan adalah perkara biasa selagi dalam hatinya
masih tersemat iltizam dan kekuatan untuk bersama-sama dengan majoriti
rakyat yang mahu menolak Najib.
Di bawah ini pula adalah kenyataan rasmi PPBM mengenai kedudukan Anina:-
*KENYATAAN RASMI PPBM BERHUBUNG KEDUDUKAN KETUA SRIKANDI*
26 Disember 2016
1. Berhubung isu kedudukan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ingin saya menjelaskan bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM masih belum menubuhkan sayap Srikandi. Menurut Perkara 21 Perlembagaan PPBM, penubuhan sayap-sayap parti di semua peringkat adalah di bawah bidangkuasa MPT.
2. Justeru, kedudukan Puan Anina Saadudin yang dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai Ketua Srikandi PPBM tidak seharusnya timbul. Beliau kekal sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras kegiatan Srikandi sehingga sayap parti ditubuhkan secara rasmi.
3. MPT akan menubuhkan Sayap Srikandi dalam masa terdekat setelah segala proses dan prosedur dalaman parti dipatuhi. Srikandi adalah sayap parti yang penting dan oleh yang demikian pemilihan Ketua Srikandi hendaklah dibuat secara teliti setelah pandangan semua pihak diperolehi.
4. Adalah diharapkan ahli-ahli PPBM terutamanya Srikandi dapat bertenang, merapatkan barisan dan meneruskan usaha untuk mengukuhkan parti demi perjuangan menyelamatkan Malaysia.
*BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH*
DATUK DR SHAHRUDDIN MD SALLEH
Setiausaha Agung PPBM.

Oleh
kerana Anina sendiri sudah mendedahkan masalah dirinya kepada umum
untuk diperbualkan, orangramai tidak akan berhenti bercakap mengenainya.
Barangkali juga ada yang bertepuk tangan sekarang ini.
Untuk itu, Anina hanya ada dua pilihan sekarang ini.
Pertama,
segera menutup mulutnya daripada bercakap secara terbuka mengenai
kedudukannya. Beliau harus menyelesaikan masalah itu secara tertutup
dengan kepimpinan tertinggi PPBM.
Jika
masih ingin kekal dengan perjuangan menyingkirkan Najib, istiqamahlah
bersama PPBM dan akurlah dengan keputusan yang diambil oleh pucuk
pimpinan terhadapnya.
Sebagai
Ahli MPT, beliau masih boleh bersuara dan bergerak ke seluruh negara
untuk berceramah dan berkempen atas nama PPBM. Jawatan Ketua Srikandi
bukanlah segala-galanya dalam perjuangan jika dalam hati masih terselit
perasaan simpati dan ingin sama-sama berjuang membetulkan negara ini
bersama-sama Tun Mahathir.
Kedua,
segera meninggalkan PPBM jika ingin terus "celupar" mendedahkan masalah
dalam parti dan berkaitan dirinya kepada umum. Beliau tidaklah terlalu
penting berbanding perjuangan PPBM itu sendiri.
Kiranya
Anina merasakan dirinya popular dan sangat penting, ramai orang lain
yang lebih penting dan banyak berkorban berbanding dirinya.
Anina
kemudian boleh memilih sama ada meneruskan perjuangan bersama wadah
lain, bersara dan berehat atau kembali kepada menyokong Najib yang
didakwanya "kaki kencing" sebelum ini. Najib tentu menadah tangan untuk
menerimanya kembali kerana dalam keadaan kelemasan ini, siapa pun mudah
diterimanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan