HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Disember 2016

Pemuda PAN Berang Dengan Azmin, Cadang PKR Bergabung Dengan PAS

Pemuda PAN Berang Dengan Azmin, Cadang PKR Bergabung Dengan PAS

uaa

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Sany Hamzan dilihat berang dengan cadangan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang bersetuju jika PAN digabungkan dengan Parti Keadilan itu.


Membidas cadangan Azmin itu, Sany bingkas mengemukakan cadangan baharu dengan menyarankan agar PKR pula digabungkan dengan PAS.

“Kalau saya cadangkan PKR bergabung dengan PAS ?,” soalnya.

aman

Blogger greenboc yang juga aktivis PAN melihat cadangan Azmin itu mempunyai racun yang berbisa, iaitu cubaan untuk membunuh PAN sebagaimana yang berlaku terhadap Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum ini.

“Hasratnya serupa dengan PAS: iaitu untuk membunuh AMANAH sepertimana PKR telah membunuh Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) setelah bergabung dengan PKR. Supaya AMANAH tidak menggugat PKR di dalam PH sebagai parti yang dominan,”katanya.

Tiada ulasan: