HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Disember 2016

Muhyiddin juga perlu 'bersihkan' nama - Khairuddin

MALAYSIAKINI



Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa 'membersihkan' namanya daripada dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan wanita berkahwin.

Bekas ahli BERSATU, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ia berdasarkan dakwaan ahli pengasas parti, Anina Saadudin yang dilucutkan jawatan sebagai ketua Srikandi (wanita) kerana didakwa terbabit dalam skandal seks.

"Semua pihak jangan pandang remeh pada isu ini. BERSATU mesti mengambil tindakan pro-aktif secara bernas untuk mematikan serangan umno terhadap isu ini di musim pilihanraya umum kelak. Ini pasti berlaku.

"BERSATU mesti kelihatan bersih, adil serta saksama. BERSATU tidak boleh nampak seolah-olah amalkan dasar pilih kasih.

"Pada hemat peribadi dan pandangan ikhlas saya, demi kebaikan dan kelangsungan hala tuju BERSATU, presidennya pun mesti membersihkan nama serta imej beliau juga." kata Khairuddin dalam kenyataan, hari ini.

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu merujuk kepada kes perceraian dengan bekas timbalan pendakwa raya mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan Muhyiddin.

Tiada ulasan: