HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Disember 2016

PRU 14: IPF mahu tanding 2 kerusi Parlimen, 6 kerusi DUN

Oleh Malaysia Nanban
 

M. Sambanthan
M. Sambanthan
 
 
Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) menuntut daripada Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan calonya bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
 
Presidennya, Datuk M. Sambanthan berkata, parti [politik mesra BN itu akan menuntut dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
"Ini adalah usul yang dibawa pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan kami kepada kerajaan.
 
"Kami harap Perdana Menteri akan menerima dan menimbangkan permohonan kami dan membenarkan untuk bertanding pada PRU akan datang," katanya.
 
Katanya, parti itu akan kekal dengan prinsipnya di belakang BN dan membantu komuniti India.
 
"Bagi memperluaskan sayap IPF ke seluruh negara menerusi Pejabat IPF negeri, kami juga berharap kerajaan membantu dana RM5juta bagi tujuan itu," katanya.
 
 

Tiada ulasan: