HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Disember 2016

Dua pengikut Tuhan Harun dihukum mati

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas dua lelaki pengikut ajaran sesat Tuhan Harun selepas disabitkan bersalah membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.
 
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu terhadap Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39, selepas berpuas hati dengan keterangan anak dan isteri mangsa, yang melihat mereka sebagai individu yang menembak mangsa.
 
Dalam keputusan itu, Ab Karim melepas dan membebaskan isteri ketiga Harun Mat Saat yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan Harun itu, iaitu Azida Mohd Zol, 33, pemandu mereka Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40, dan pengikutnya Jefferi Safar, 39, daripada tuduhan berkonspirasi melakukan jenayah itu

Tiada ulasan: