HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Disember 2016

BR1M: Azmin sokong Tun M kerana nak jaga hati - Penganalisis

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang senada dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dilihat hanya 'untuk menjaga perasaan' bekas perdana menteri tersebut.
 
Menurut penganalisis politik Dr Jeneri Amir, kenyataan Azmin itu yang dalam masa sama bercanggah dengan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sekaligus memberi persepsi negatif kepada penyokong.
 
"Azmin kelihatan memang menyokong Tun Mahathir dan beliau barangkali tidak mahu meninggung perasaan Tun Mahathir tetapi berbuat demikian dia menimbulkan masalah kepada parti sendiri sehingga rakyat beranggapan bahawa wujudnya percanggahan antara beliau dengan Wan Azizah," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Azmin pada Khamis membuat kenyataan yang bercanggah dengan Wan Azizah berhubung pemberian BR1M kepada rakyat.
 
Menteri Besar Selangor itu dengan jelas menyokong Mahathir yang berkata pemberian BR1M yang diberikan oleh kerajaan adalah rasuah.
 
"Ada sesuatu yang tidak kena dalam sesebuah parti yang harus ada persefahaman di kalangan pemimpin tertinggi untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pemimpimnya sehaluan. 
 
"Jadi daripada kenyataan yang bercanggah antara (Datuk Seri) Azmin dan (Datuk Seri) Wan Azizah sekarang memberikan gambaran kepada rakyat wujud masalah kepimpinan," ujar Jeneri lagi.
 
Terdahulu Azizah pada Selasa menyangkal kenyataan Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, dengan berkata pemberian bantuan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sesuatu yang patut diterima rakyat.
 
Kenyataan itu nyata berbeza dengan kenyataan Mahathir yang jelas mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan BR1M untuk meraih sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
 

Tiada ulasan: