Penggabungan PAN (Parti Amanah Negara) dan PKR tidak akan memberi sebarang kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Selangor kerana tiada kekuatan yang dilihat daripada hasil gabungan tersebut.
Sebaliknya, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata mereka akan terus fokus pada gerak kerja menghadapi persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan tidak mengambil kira strategi yang digunapakai oleh pembangkang.
“PAN untuk kacau daun boleh lah, jadi korban untuk pecah belahkan undi Melayu layaklah.
“UMNO tak bimbang tentang gabungan ni. Ada tak ada kami fokus dengan kerja kami,” tegas beliau.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang terbuka kepada cadangan penggabungan yang dikemukakan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin.
Menteri besar Selangor itu berkata, cadangan berkenaan memerlukan lebih banyak perbincangan memandangkan dinamik berbeza antara kedua-dua parti itu.
Timbalan Pengerusi PAN, Salahuddin Ayub berkata, PAN bersama DAP serta PKR membentuk Pakatan Harapan untuk menjatuhkan BN dan peranan parti itu semakin penting susulan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam pakatan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan