ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
hari ini mendedahkan wujud pakatan sulit antara Tun Dr Mahathir Mohamad
dan Lim Kit Siang yang dipersetujui dalam perjanjian rahsia dimeterai 3
Disember lalu.
Dedahnya, perjanjian itu menetapkan Timbalan Presiden Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Kit Siang
masing-masing diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana
Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU-14).
Malah katanya, tindakan Kit Siang menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin
masing-masing sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
sementara hanyalah satu cubaan 'political red herring' (politik mengalih
tumpuan).
Ini kerana, katanya, Kit Siang percaya pengundi Melayu tidak akan
mengundi pakatan pembangkang jika mengetahui pemimpin itu berhasrat
menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri.
"Sebagai orang yang pernah berada dalam barisan kepemimpinan DAP
sebelum ini, saya tahu mengenai perkara ini dan tahu perancangan Kit
Siang sebenarnya.
"Saya mengetahui pakatan sulit antara Dr Mahathir dan Kit Siang ini
daripada sumber boleh dipercayai dan saya jangka kedua-dua pemimpin itu
tidak akan mengaku bertanggungjawab dalam perkara ini," katanya pada
sidang media di sini, hari ini.
Tunku Abdul Aziz berkata beliau yakin pakatan sulit ini tidak disedari
pemimpin pembangkang yang lain termasuk Wan Azizah, Muhyiddin dan
pimpinan Parti Amanah Negara.
Katanya, beliau yakin pendedahan ini akan mewujudkan pergolakan dalam
kalangan pimpinan pakatan pembangkang kerana mustahil perancangan itu
dapat diterima secara konsensus dalam kalangan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan