SHAH ALAM: Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) mengambil
pendirian untuk tidak meletakkan calon di kerusi yang ditandingi Umno
pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Timbalan presidennya, Datuk Hasyim Karim berkata dasar terbabit
merupakan sebahagian daripada usaha untuk meneruskan kelangsungan
dominasi kaum Melayu dalam politik.
"Di mana sahaja Umno bertanding kita akan berundur.
"Kita mahu pastikan dalam Parlimen, Melayu-Islam yang kawal," katanya dipetik The Malay Mail Online.
BERJASA adalah salah satu parti komponen dalam blok ketiga yang diketuai PAS, iaitu Gagasan Sejahtera (GAGASAN).
Parti itu menyertai PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan)
membentuk GAGASAN pada September tahun lalu, sebagai persediaan untuk
berdepan PRU14.
Hasyim bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada keputusan tersebut merupakan keputusan rasmi GAGASAN.
BERJASA adalah parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada tahun 1977.
Parti itu pernah bertanding di beberapa kerusi majoriti Melayu bagi
Parlimen dan DUN dalam pilihan raya umum sebelum ini, tetapi tewas di
semua kawasan yang ditandingi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan