BANGI
– Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pelik mengapa Datuk
Seri Najib Razak tidak menggunakan kuasa sebagai Perdana Menteri bagi
membantah kekejaman etnik Rohingya, sebaliknya turun menunjuk perasaan.
“Ketika saya menjadi PM dan Aung San Suu Kyi ditangkap, saya tulis surat dan hantar seseorang bertemu beliau.
“Saya
sendiri berjumpa pihak berkuasa Myanmar dan bawa mereka lihat kebaikan
demokrasi kerana pada peringkat itu (antara eksekutif) kita tak perlu
menunjuk perasaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Ia
berikutan penglibatan Najib dalam Himpunan Solidariti Ummah untuk
Rohingya di Stadium Tasik Titiwangsa, hari ini bersama-sama beberapa
Menteri Kabinet dan pemimpin PAS.
Katanya,
tindakan tunjuk perasaan adalah bentuk penentangan terhadap penguasa,
bukan sebaliknya digunakan oleh penguasa terhadap penguasa lain.
“Hari ini saya menunjuk perasaan tetapi saya tidak lagi dalam kerajaan,” katanya.
Dalam masa
sama, beliau turut mencadangkan supaya Malaysia memutuskan hubungan
dengan Myanmar sebagai membantah penghapusan etnik Islam Rohingya di
Rakhine.
“Cadangan
saya adalah (Malaysia) memutuskan hubungan diplomatik (dengan Myanmar)
untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kita dengan cara Rohingya
dilayan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan