SINGAPURA
– Polisi yang hanya membenarkan kek hari jadi halal yang disahkan
dibawa masuk ke dalam premisnya tidak hanya diimplementasikan di
Malaysia.
Bahkan,
polisi tersebut telah digunakan lebih awal lagi di Singapura sejak dua
dekad yang lalu, kata Pengarah Komunikasi dan Hubungan Kerajaannya, Faz
Hussen.
“Lazimnya,
pelanggan tidak dibenarkan membawa makanan dari luar ke dalam restoran
kami, tetapi kami membuat pengecualian untuk kek hari jadi dan kami
meminta kek yang dibawa hendaklah dari restoran yang disahkan halal atau
sumbernya halal.
“Peraturan
ini telah dilaksanakan pada tahun 1992, apabila restoran semua McDonald
di Singapura menerima pensijilan Halal daripada Majlis Ugama Islam
Singapura (MUIS),” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau
berkata, McDonald’s Singapura turut menyediakan kek hari jadi sebagai
sebahagian daripada pakej parti hari jadi yang ditawarkan syarikat
rangkaian makanan itu.
“Sebagai
sebuah restoran yang disahkan halal, kita perlu mematuhi sepenuhnya
peraturan MUIS untuk memastikan makanan yang kita sediakan halal dan
sesuai dimakan untuk mereka yang beragama Islam,” katanya.
Ketika ini, McDonald’s Malaysia menjadi sasaran kritikan berhubung notis yang telah diletakkan di restorannya.
Semalam, McDonald’s Malaysia mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan bahawa dasar itu selaras dengan keperluan sijil halalnya.
Syarikat
itu kemudiannya mengeluarkan permohonan maaf atas salah faham berhubung
notis berkenaan tetapi menegaskan bahawa ia akan tetap terus dengan
dasar itu kerana ia perlu memastikan produk yang digunakan di
restoran-restorannya telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan