shahbudindotcom
Banyak
idea Tun Mahathir Mohamad mengenai bagaimana sesuatu perkara itu perlu
dilakukan dikatakan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi berkesan.
Dalam lain perkataan, banyak idea beliau dianggap sudah lapuk sebenarnya.
Selain
itu, Tun Mahathir juga dinasihatkan agar meningkatkan pengetahuan
bagaimana sesuatu perkara itu dilakukan serta memahami maksud
globalisasi.
Wowww...mesti yang berkata demikian jauh lebih hebat berbanding Tun Mahathir.
Siapakah orangnya? Tidak lain yang berkata sebegitu ialah Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Sebagaimana
yang kita semua tidak mampu nafikan, idea-idea Tun Mahathir bukan saja
cemerlang ketika beliau berkuasa selama 22 tahun dahulu, bahkan
wibawanya masih kekal disanjung dunia sehingga sekarang.
Tidak
perlu disebutkan apa idea-idea tersebut dan bagaimana ia akhirnya mampu
dilaksanakan, baik mengenai pembangunan, mengangkat imej negara,
pelaburan asing, membina jatidiri bangsa, berlawan dengan kuasa-kuasa
besar, globalisasi dan macam-macam lagi.
Semuanya ada terbentang di depan mata kita serta boleh disemak di mana-mana arkib untuk dijadikan rujukan.
Tetapi,
bagi Salleh yang mengatakan idea Tun Mahathir sudah lapuk, ketinggalan
zaman dan tidak lagi berkesan itu, apa pula idea segar yang pernah
dimilikinya?
Ketika
menjadi Ketua Menteri Sabah sebelum ini dan sekarang, hasil pengampuan
terhadap Najib Razak, dapat pula menjadi Menteri Komunikasi dan
Multimedia, ada sesiapa yang masih ingat apa ideanya yang boleh kita
banggakan serta boleh dikenang untuk generasi akan datang?
Ada sesiapa boleh memberitahu sekurang-kurangnya satu idea hebat lagi segar yang pernah dicetuskan oleh Salleh selama ini?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan