"Kadar pertumbuhan yang kita anggarkan sebanyak 4.3 kepada 4.5 peratus bagi tahun ini, yang mana negara-negara maju di Eropah dan Amerika Utara hanya boleh bermimpi.
"Rakyat Malaysia patut berbangga dengan pertumbuhan yang kita capai.
"Sepertimana mereka harus berbangga bahawa laporan IMF (Tabung kewangan Antarabangsa) terbaru menyimpulkan bahawa, 'Walaupun keadaan tidak menentu sekarang, ekonomi Malaysia terus menunjukkan prestasi yang baik," kata Najib dalam mesej tahun baru hari ini.
Beliau memetik laporan IMF yang memuji "Dasar kepelbagai Malaysia, fleksibiliti kadar pertukaran dan pasaran kewangan, dan pembaharuan untuk menggalakkan penyertaan tenaga kerja wanita, meningkatkan kualiti pendidikan, produktiviti, pelaburan infrastruktur, dan galakkan penyelidikan dan pembangunan".
"Penilaian seperti ini adalah bebas dan dijalankan oleh pakar-pakar terkemuka di dunia," kata Najib.
"Ia mencerminkan gambaran sebenar Malaysia - bertentangan dengan kempen memburuk-burukkan oleh mereka yang cuba melakukan sabotaj ekonomi terhadap negara mereka sendiri dengan matlamat politik untuk kepentingan diri sendiri," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan