HALAMAN SANTAI

Rabu, 18 Januari 2017

Prasarana cadang sambung diskaun 50% tambang LRT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) tidak menolak kemungkinan memanjangkan promosi 50% tambang dari pukul 6 hingga 7 pagi ke aliran lain pada masa akan datang.
 
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zohari Sulaiman berkata setakat ini promosi yang ditawarkan kepada pengguna sistem transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya dan monorel bermula 16 September lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
 
"Kami mendapati sepanjang tempoh promosi itu, ia berjaya mengurangkan kesesakan penumpang dalam tren pada waktu puncak iaitu antara 7 pagi hingga 10 pagi sebelum waktu bekerja.
 
"Kami tidak akan teragak-agak menawarkan promosi sedemikian ke aliran lain seperti Sri Petaling dan waktu puncak selepas waktu kerja iaitu antara pukul 5 hingga 6 petang bagi mengurangkan kesesakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program "Smiles 4 Cakne" (Cancer Associates & Kindred Network) di sini, hari ini.
 
Pada 25 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian diskaun tambang sebanyak 50% kepada pengguna LRT dan monorel bermula 16 September bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam seterusnya mengurangkan kesesakan.
 
 

Tiada ulasan: