Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
SHAH ALAM: Tindakan Kabinet Malaysia menubuhkan sebuah pasukan untuk
menyiasat perhal dakwaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank
Negara sekitar tahun 1990-an adalah perlu.
Itu penegasan penganalisis politik, Prof. Datuk Dr Ramlah Adam selepas beliau melihat ia adalah keperluan buat masa ini.
Ujarnya rakyat ingin tahu sementara bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad juga perlu membersihkan namanya, ekoran dakwaan itu
berlaku pada zaman pemerintahannya.
"Betul ke tuduhan itu. Kalau tak betul, baguslah sebab dia boleh
bersihkan nama dia. Kalau betul, maka beliau pun ada kelemahanlah.
Setiap pentadbiran ada karakternya.
"Kalau dulu pakai fail. Semuanya tertutup. Kalau ada yang terkeluar
(bocor maklumat) pun kita tak percaya," ujarnya ketika dihubungi
Antarapos.
Dakwaan Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian lebih USD10
bilion (RM44 bilion) di dedahkan bekas Timbalan Gabenor BNM, Datuk Abdul
Murah Khalid, awal Januari lalu.
BNM pada ketika itu diketuai Tan Sri Jaafar Hussein melaporkan kerugian
sebanyak RM9 bilion sementara Perdana Menteri pada waktu itu Tun Dr
Mahathir menjelaskan kerugian Bank Negara hanya RM5.7 bilion.
Apa yang menghairan kan banyak pihak adalah tiada siastan secara mendalam dilakukan kerajaan pimpinan Dr Mahathir ketika itu.
Justeru Ramlah berkata, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi
Malaysia (PPBM) itu perlu disiasat sepertimana beliau berkeras mahu
perkara yang sama dilakukan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak bersabit isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Bagi saya ini politik. Kalau pemerintahan lepas senang-senang tuduh
Kabinet dan pemimpin sekarang tak betul, mereka pun ada cara bagaimana
nak lihat pentadbiran yang dulu tu betul.
"Bagi saya, kalau kita bercakap soal ketelusan, keberkesanan,
kemampatan pemerintaha dia, maka dia kena bersedia untuk pentadbiran dia
disemak. Kita pun tak boleh biarkan. Orang ramai pun nak tahu apa yang
berlaku," ujar Ramlah.
Kabinet sebelum ini bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk
menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing
oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.
Pasukan petugas khas itu akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan
termasuk individu-individu yang dihormati dan berpengalaman dalam
bidang-bidang tertentu.
"Kabinet sekarang bukan macam kabinet zaman Tun Mahathir. Jadi anggota Kabinet sekrang mahu juga bersihkan nama merekakan?
"Macam pemerintahan sekarang pun dah banyak kali jawab. Mungkin mereka
dah penat agaknya. Dan itu cara terakhir untuk memeriksa pemerintahan
Tun Mahathir," kata Ramlah.
Kabinet bertegas, siasatan itu membuktikan komitmen dan ketelusan
kerajaan bagi memastikan urusan BNM pada ketika itu dijalankan mengikut
urus tadbir yang ditetapkan.
Menurut Pejabat Perdana Menteri, kerajaan akan sentiasa terbuka dan
telus dalam siasatan itu memandangkan ia melibatkan Bank Negara Malaysia
dan dikatakan skandal kewangan terbesar.
"Kalau bercakap soal ketelusan, kalau ada orang kata Datuk (Sri) Najib
tak telus dan menyelahkan dia dalam banyak hal. Yang membangkitkannya
bekas Perdana Menterikan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan