ANTARAPOS.COM
JOHOR BAHRU: Bekas Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim,
menafikan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk
memberi keterangan berkaitan rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri
itu.
Memetik BH Online, Ismail menafikan dakwaan yang tersebar luas kononnya
beliau antara penjawat awam kerajaan negeri yang dipanggil SPRM untuk
memberi keterangan berhubung kes berkenaan.
"Tak ada (dipanggil SPRM beri keterangan). Saya tak ada kena mengena dengan isu ini," katanya.
Sementara itu, tiada kelibat pegawai atau anggota SPRM memasuki Pejabat
Setiausaha Kerajaan Bahagian Perumahan dan Pejabat Tanah Galian di Kota
Iskandar di sini, walaupun khabar angin tersebar menyatakan pihak SPRM
akan menyerbu pejabat terbabit.
Jumaat lalu, SPRM menahan enam individu kerana dipercayai terbabit
dalam skandal rasuah dan penyelewengan berkaitan hartanah di Johor.
Suspek berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di
Johor Bahru dalam operasi serentak yang dilancarkan SPRM kira-kira jam
8.30 pagi.
Menurut sumber SPRM, semua suspek yang ditahan itu dipercayai terbabit
dalam penipuan penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera
sejak tahun 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan