HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Februari 2017

Umno sedia kerjasama dengan PAS tawan Selangor

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Umno Selangor sedia bekerjsama dengan PAS untuk menawan negeri itu daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Naib Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata PAS harus mempertimbangkan cadangan itu sementelah PH dikatakan bakal membahagikan 56 kerusi DUN negeri itu sesama mereka, tanpa PAS.
 
Bagaimanapun, menurut Mat Nadzari, cadangannya itu perlu dirujuk dan mendapat keizinan daripada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, terlebih dahulu.
 
"Malah, jika ia memberi manfaat kepentingan terhadap rakyat seluruhnya, maka Umno tidak akan berfikir dua kali untuk menolak kerjasama tersebut.
 
"Bagaimanapun, ia terserah kepada presiden parti untuk menentukan mengenai perkara tersebut," jelasnya dipetik sebuah portal.
 
Media sebelum ini melaporkan PH dikatakan bakal membahagikan 56 kerusi DUN Selangor tanpa PAS.
 
Rancangan tersebut dikatakan membabitkan agihan 18 kerusi DUN untuk PKR, 15 untuk DAP manakala lebihan 15 kerusi lagi yang asalnya milik PAS dibahagikan kepada dua parti baru iaitu 14 untuk Amanah dan sembilan lagi untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
PAS sebelum ini berkali-kali menegaskan enggan menjalinkan hubungan dengan mana-mana parti yang mengadakan kerjasma politik dengan DAP dan parti serpihannya, Amanah.
 
PAS juga mengumumkan bakal menilai semula kerjasama politik dengan PKR pada muktamar tahunannya, April depan

Tiada ulasan: