HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 Februari 2017

Polis nafi waris Jong-nam tiba masa terdekat .


Post Pic
 
SEPANG: Polis menafikan dakwaan bahawa waris kepada abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam akan tiba dalam masa terdekat ke negara ini.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketibaan waris Jong-nam belum dimaklumkan kepada pihaknya setakat ini.
 
“Kita menunggu pihak kedutaan Korea Utara untuk memberi makluman berhubung warisnya ketika ini,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
 
Desas-desus mengenai ketibaan waris Jong-nam untuk menuntut mayat warga Korea Utara itu sibuk diperkatakan sejak awal minggu lalu, yang menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan wartawan.
 
 

Tiada ulasan: