HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 Februari 2017

Jangan kelirukan rakyat, pecah-belahkan perpaduan bangsa Johor

 BERNAMA

Sultan Ibrahim Sultan IskandarSultan Ibrahim Sultan Iskandar 
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan ahli politik dari luar negeri ini supaya jangan  
mengelirukan rakyat dan memecah-belahkan perpaduan bangsa Johor dengan mencampuri urusan negeri ini.

Baginda bertitah rakyat Johor telah menikmati hidup yang selesa, aman dan damai sehingga kini, justeru orang luar tidak perlu berlagak pandai atau mengajar apa yang patut dibuat untuk kesejahteraan negeri ini.

"Rakyat Johor tidak akan terpengaruh dengan tipu helah orang luar yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan cerita dongeng...mungkin orang luar ini telah lupa zamannya telah berlalu.

"Dahulu, dia (ahli politik dari luar negeri) sering menyindir Melayu mudah lupa, hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya, dulu kata pembangkang musuh ketat tetapi boleh duduk semeja menjadi kawan rapat, kata media barat suka buat cerita sekarang cerita media barat dikatanya fakta," titah baginda hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong, di Bukit Kepong di sini dan berangkat sama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah manakala Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut hadir.

Tiada ulasan: