Setelah sebulan Lim Kit Siang mengertak mahu menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan dengan isu DAP anti Islam, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan Penasihat DAP itu.
“28 Februari 2017….genap satu bulan ancaman saman kalipah Lim Kit Siang terhadap Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang isu ‘DAP anti-Islam’…soalan kami, bila nak saman?,” soal Ibnu Noor dalam Facebook hari ini.
Ibnu Noor berkata jika berdasarkan kaedah PAN, tindakan Kit Siang yang tidak mahu menyaman Abdul Hadi itu bermakna tuduhan DAP anti Islam adalah benar.
“Ingat sifir PAN, kalau tak saman maknanya betul…,”katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan