HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Februari 2017

‘Kami akan lebih berhati-hati’: Zero


kumpulan Zero
 
BIARPUN sudah membuat permohonan maaf nenerusi ramakan video, namun kumpulan Zero, sekali lagi tampil memohon maaf di atas kekhilafan mereka memakai pakaian tradisional wanita Iban ketika membuat persembahan dalam episod pertama Maharaja Lawak Mega 2017.

Mewakili abang-abangnya, Sharif Kuna Doli Sharif, 25 atau lebih dikenali sebagai Atu berkata, mereka akan lebih berhati-hati selepas ini, terutamanya melibatkan sesuatu kaum atau bangsa.

“Sekali lagi kami mohon maaf di atas keterlanjuran perbuatan kami. Sejujurnya kami tidak tahu bahawa tidak boleh berbuat sedemikian (menggayakan pakaian kaum lain).

“Selepas ini kami akan lebih berhati-hati dan buat lebih 'research' sebelum melakukan sesuatu. Ini pengajaran besar buat kami bertiga,” ujarnya.

Tambah Atu, mereka sebenarnya lupa untuk mengingatkan penonton dan peminat agar tidak berpakaian wanita pada persembahan mereka malam itu.

“Kalau kami tak lupa, mungkin isu tidak jadi lebih besar.

“Apa pun selepas kejadian itu, kami ada meminta maaf. Ada juga yang sudah memaafkan kami.

“Setiap teguran yang diberi, kami terima dengan hati terbuka,” jelasnya.

Menerusi persembahan pada minggu pertama, kumpulan Zero terus dikecam selepas Syaiful memakai ‘ngepan indu’ iaitu mengikut adat Iban, pakaian itu secara tradisinya digunakan oleh kaum wanita masyarakat Iban.

Antara kritikan yang dilontarkan ialah daripada Presiden Persatuan Dayak Miri (DAM), Serawa Budol, menyifatkan komedi yang dipersembahkan oleh Zero itu menghina masyarakat Iban.

Zero yang juga juara Maharaja Lawak Mega 2014 terdiri daripada tiga beradik dari Sabah yang diketuai abang sulung Mohamad Syaiful Doli Sharif atau lebih dikenali dengan nama Melati, bersama-sama Sharif dan Atu.

Menerusi persembahan mereka pada minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2017, kumpulan Zero juga sempat memohon maaf secara langsung mengenai isu terbabit.


Tiada ulasan: