HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Februari 2017

Kerjasama Saudi Aramco-Petronas tidak berisiko kepada Malaysia

BERNAMA

Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Datuk Seri Najib Razak menyaksikan pertukaran dokumen antara Petronas yang diwakili  Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin (kanan) serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, Amin H. Nasser (kiri) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) hari ini -Foto Bernama.Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Datuk Seri Najib Razak menyaksikan pertukaran dokumen antara Petronas yang diwakili Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin (kanan) serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, Amin H. Nasser (kiri) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) hari ini -Foto Bernama.

Kerjasama dengan Saudi Aramco melalui perjanjian pembelian saham (SPA) bernilai RM31 bilion dalam projek Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) tidak memberi risiko kepada kepentingan Malaysia, kata Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, SPA itu hanya melibatkan Saudi Aramco membeli 50 peratus kepentingan dalam kilang penapisan minyak dan projek perekah, iaitu sebahagian daripada Kompleks Bersepadu Pengerang.

"Saya tidak nampak sebarang risiko dari segi kepentingan Malaysia kerana kedua-dua kami adalah syarikat minyak negara dan kami telah membangunkan komuniti di kawasan kami beroperasi.

"Ia (kerjasama) adalah normal, tapi semuanya perlu dilaksanakan dalam terma komersil," katanya pada sidang akhbar bersama selepas menandatangani SPA tersebut hari ini..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menyaksikan majlis itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan, Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Galian Arab Saudi, yang juga Pengerusi Saudi Aramco, Khalid Al-Falih serta Presiden dan CEO Saudi Aramco, Amin H. Nasser turut hadir.

Di bawah kerjasama itu, Saudi Aramco akan membekalkan sehingga 70 peratus keperluan bahan suapan kilang penapisan RAPID, manakala gas asli, tenaga dan utiliti lain akan dibekalkan Petronas.

Mengenai rakan kongsi baharu dalam projek RAPID, Wan Zulkiflee berkata, adalah normal untuk sesebuah syarikat dalam industri minyak dan gas mengadakan kerjasama.

Jika anda lihat kepada sejarah kami dari segi kerjasama, ia bukan perkara baru untuk Petronas, kami mempunyai banyak rakan kongsi," katanya.

Mengenai kerjasama dengan Saudi Aramco, beliau berkata, syarikat berkenaan berkongsi keupayaan dan sumber strategik dari segi pengalaman, profesionalisme dan budaya.

Menurutnya, disebabkan Saudi Aramco adalah pengeksport terbesar minyak mentah, kerjasama itu juga akan menguntungkan Petronas dari segi jaminan bekalan minyak mentah jangka panjang.

Sementara itu, Amin berkata, Saudi Aramco berbangga untuk menjalin kerjasama itu dan menyifatkan Malaysia sebagai pasaran yang syarikatnya berminat untuk melabur.

"Malaysia adalah pasaran pertumbuhan untuk kami dan mempunyai pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang kukuh," katanya.

Rahman berkata, SPA itu adah satu petanda keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia dan ia adalah pelaburan asing kedua terbesar yang diumumkan setakat ini selepas RM144 bilion dari China.

Tiada ulasan: