shahbudindotcom
Kebelakangan ini Pas seolah-olah ada dua wajah dan juga dua jalur perjuangan.
Pertama,
di kampung-kampung dan kawasan pedalaman, Pas tetap mengatakan musuh
sebenar mereka adalah UMNO dan Pas mampu menjadi pengganti UMNO.
Sebab
itu, di kalangan pengikut bawahan, terutama mereka yang sudah
disebatikan dengan keyakinan agar jangan membaca Utusan atau menonton
TV3, sentimen anti UMNO dan BN masih masih lagi kelihatan menebal dan
sama seperti dahulu.
Dalam
masa yang sama, selain bertegas untuk terus mempertahankan Kelantan
dengan cuba mengadu-domba kononnya ada pakatan sulit antara Amanah
dengan UMNO, Pas juga mengimpikan untuk menawan kembali Terengganu dan
Kedah.
Kedua,
dalam masa yang sama terlihat seakan ada keghairahan yang tak mampu
ditahan-tahan lagi untuk Pas terus meletakkan Najib Razak dan UMNO kekal
berkuasa di negara ini.
Ia
bukan saja tergambar melalui hubungan baik dan mesra pemimpin Pas
dengan pemimpin UMNO, bahkan juga melalui kenyataan-kenyataan seperti
Pas tidak mahu berebut kuasa, Pas hanya ingin jadi penasihat saja dan
bukan matlamat Pas untuk menjatuhkan UMNO, sebaliknya untuk memperkukuh
ummah semata-mata.
Jika
dicari dalam youtube pula, dulu Hadi Awang pernah berkata, kalau UMNO
jatuh sekalipun tidak mungkin DAP yang berkuasa kerana jumlah kerusi
minima yang parti itu miliki, tetapi kini ditakut-takutkan bahawa jika
UMNO jatuh, kuasa Melayu akan turut jatuh dan DAP yang akan
mengambil-alihnya.
Nada
Pas mengenai DAP sekarang sudah saling tak tumpah macam yang selalu
digembar-gemburkan oleh pemimpin UMNO kepada orang-orang Melayu.
Di antara dua wajah dan dua jalur itu, yang mana satu sebenarnya menjadi perjuangan sebenar Pas?
Kenapa
Pas sekarang perlu ada dua wajah serta dua jalur dan tidak dengan satu
wajah serta satu jalur perjuangan saja sepertimana sebelum-sebelum ini?
Mengapa
sementara mahu menjatuhkan UMNO dan menjadi pengganti UMNO,
kenyataan-kenyataan lunak seperti tidak mahu berebut kuasa, ingin
menjadi penasihat saja dan bukan matlamat Pas mengalah UMNO, masih
kedengaran?
Apakah
terlalu sukar untuk Pas berterus-terang mengenai satu hasrat perjuangan
dan satu matlamatnya dalam PRU 14 akan datang ini - mengalahkan UMNO
atau mahu membantu UMNO?
Adakah Pas sedang menipu pengikut-pengikutnya atau mereka menipu diri sendiri atas nama perjuangan Islam yang dilaung-laungkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan