KUALA LUMPUR: Bekas penduduk flat empat tingkat Kg Kerinci, kini boleh
menarik nafas lega apabila kediaman yang usang yang dihuni lebih empat
dekad, menerima rumah baru.
Ibarat mendapat durian runtuh, penduduk Kg Kerinci kini mendapat rumah
yang jauh lebih moden dengan nilai pasaran kediaman yang lebih tinggi.
Residensi Kerinchi dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu negara pagi tadi.
Pembangunan semula Kg Kerinchi adalah komitmen kerajaan sebelum ini,
bagi menyediakan perumahan yang lebih selesa kepada rakyat.
"Hari ini penduduk Kg Kerinci dapat flat dengan keluasan 900 kaki
persegi. kalau dibanding dengan nilai, dulu (harga rumah) RM50,000 hari
ini nilai (pasaran) lebih kurang RM500,000 ataupun setengah juta.
"Yang paling bermakna sekali, 740 penghuni disini menerima flat ini,
tanpa apa jua bayaran. Inilah yang saya lihat sebagai satu konsep yang
cukup menarik dimana kita buat 'trade off' dengan pemaju dan telah
hasilkan persekitaran yang begitu kondusif," ujar Najib selepas
merasmikan Residensi Kerinchi dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen
Lembah Pantai, hari ini.
Residensi Kerinchi pada asalnya hanya menempatkan rumah flat empat
tingkat dengan keluasan antara 308 kaki persegi hingga 705 kaki persegi
dan ada unit yang tidak mempunyai bilik.
Kini ia lebih luas dengan beberapa kemudahan yang disediakan seperti sekolah Klinik 1Malaysia dan dewan komuniti.
Setiap unit mempunyai tiga bilik, dua bilik air, kabinet dapur dan mesin pengering baju untuk setiap unit.
Pembinaan semula flat Kg Kerinchi membabitkan dana RM600 juta itu,
dibuat di atas tanah 6.82 ekar yang bermula pada Mac 2014 dan siap
sepenuhnya pada Oktober tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan