Pensyarah Hadis Dr Rozaimi Ramle menerima ajakan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat Khairuddin Aman Razali untuk berdiskusi mengenai kewajipan menyokong pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) atau Akta 355.
Beliau berkata, mungkin ada perkara baharu yang boleh dipelajari beliau melalui diskusi atau wacana yang dianjurkan.
"Dengan rendah hati, saya menerima tawaran beliau untuk berdiskusi atau berwacana. Mungkin ada perkara yang beliau tahu yang saya tidak tahu maka saya boleh belajar dari beliau melalui diskusi ini.
"Penganjur, format dan lokasi diskusi akan ditentukan kemudian. Moga Allah menunjukkan kita kebenaran," tulis Rozaimi di Facebook hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas ceramah Khairuddin pada 12 Februari yang lalu yang mengajak mana-mana pihak untuk berhujah mengenai Akta 255 yang disifatkan sebagai wajib dilaksanakan.
Khairuddin dalam ceramahnya di Kelantan itu mengecam Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempersoal cadangan pindaan Akta 355 itu.
"Kalau ada tok peti (mufti) yang kata sunat (pindaan Akta 3555) saya nak sekeh kepala dia.
Saya nak ajak berhujah. Siapa pun yang menyatakan pinda Akta 355 harus, sunat ke makruh ke, saya nak ajak berhujah dengan saya.
"Saya berani berhujah pinda Akta 355 adalah wajib, bukan sunat, bukan harus apatah lagi makruh atau haram. Wajib disokong. Kenapa?
Dengan pinda Akta 355 itulah tiga kesalahan jenayah Islam dapat dihukum megikut al Quran dan sunnah. Takkanlah perkara macam ini Mufti Perlis tak boleh faham. Hujah ikut mana lagi? Melainkan tutup mata, tutup telinga," kata Khairuddin dalam ceramah yang rakamannya turut dikongsikan Rozaimi di Facebooknya hari ini.
Rozaimi berkata, beliau terkejut dengan bahasa yang digunakan Khairuddin itu.
"Seorang sahabat memberikan potongan rakaman ini. Setelah menontonnya saya terkejut dengan bahasa yang digunakan sehingga nak sekeh kepala mufti.
"Di dalam video ini juga beliau mencabar mana-mana pihak untuk berhujah dengan beliau tentang isu kewajipan menyokong RUU 355 yang dibawa oleh MP Marang," katanya.
Khairuddin turut mendakwa Asri menjadi modal kepada golongan liberal untuk menentang pindaan Akta 355.
Asri dalam Forum “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud” anjuran Angkatan Amanah Merdeka di Rumah Kelab Parsatuan Alumni Universiti Malaya 12 Februari lalu mempersoalkan sejauh mana syarat untuk melaksanakan Akta 355 itu sudah dipenuhi.
“Sebahagian orang berfikir bila kita tidak potong tangan pencuri, itu maknanya halal untuk mencuri. Tetapi sebenarnya mencuri tetap haram, ia tetap salah dan akan di hukum di sisi Tuhan.
“Apa yang kita persoalkan ialah syarat melaksanakan (RUU 355) itu cukup atau tidak, adakah kita boleh menghukum, adakah syarat cukup untuk kita menghukum. Tuhan menuntut supaya kita bertanggungjawab,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan