Dakwaan yang menjadi tular di media sosial menerusi blog itu disifatkan fitnah untuk menggoyahkan perpaduan parti pembangkang menuju pilihan raya yang akan datang.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata mustahil wujudnya komplot di antara di antara Parti Amanah Negara ( Amanah) dengan Umno-Barisan Nasional ( BN) Kelantan demi memastikan PAS negeri itu tewas pada pilihan raya akan datang.
Beliau sebaliknya menyifatkan ia sebagai fitnah bertujuan untuk memecah-belahkan parti pembangkang.
“Saya ingatkan supaya berhati hati dengan fitnah-fitnah seperti ini menjelang pilihan raya.
“Ini hanya bertujuan memecahkan perpaduan parti pembangkang.
“Kita harus ingat semua parti pembangkang telah bertekad daripada awal untuk melakukan reformasi secara total dan kita menerima agenda reformasi ini sebagai teras pejungan saya tidak percaya sama sekali ada komplot seumpama itu,” katanya kepada wartawan selepas pelancaran buku tulisannya ‘Membangun Bangsa’ di ibu kota sebentar tadi.
Bari-baru ini, wujud dakwaan yang mengakatan Amanah dan Umno di negeri Cik Siti Wan Kembang itu mempunyai pakatan sulit bagi menjatuhkan PAS menerusi mewujudkan pertandingan tiga penjuru.
Ia tular di laman sosial, namun telah dinafikan oleh Amanah menerusi Pengerusi Amanah negeri itu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Azmin yang mengakui wujudnya percanggahan jelas di antara PAS dan Amanah walaubagaimanapun yakin bahawa ia tidak akan menjadi pemangkin dakwaan itu menjadi kenyataan.
Azmin juga berkata matlamat kesemua parti pembangkang adalah untuk menumbangkan Umno-BN sentiasa akan kekal.
“PAS dan Amanah walaupun ada perbezaan masing-masing, tapi matlaamat melawan kemungkaran Umno,” ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan