ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menjunjung kasih atas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung penggunaan van jenazah yang sepatutnya tidak disalahgunakan.
Menurutnya, beliau menyokong penuh titah tersebut.
"Bagaimanapun, ada sesetengah pihak menjadikan isu tersebut sebagai isu politik.
"Contohnya esok (hari ini) selepas solat Jumaat ada demonstrasi berarak dari Masjid Negeri Selangor ke balai polis Shah Alam bagi membuat laporan polis ke atas diri saya oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Namun, Jamal berkata, apa yang hendak dibuat mereka ini sudah terlewat.
Tambahnya, isu sebenarnya adalah membongkar ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan Negeri Selangor berkaitan 200 juta Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Dana Khairat Kematian Negeri Selangor.
14 Februari lalu, Sinar Harian melaporkan, 15 van jenazah dibawa Gabungan NGO Melayu Malaysia untuk menggegarkan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.
Jamal sendiri dilihat memandu salah satu van jenazah tersebut dengan mengenakan pakaian seperti penggali kubur dan kemudiannya mengusung keranda pada jam 11 pagi tad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan