ANTARAPOS.COM
PETALING JAYA: Putrajaya buat masa ini tiada rancangan memutuskan
hubungan diplomatik dengan Korea Utara, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian mengulas
mengenai hubungan Malaysia dengan Pyongyang kini bertambah runcing
ekoran bantahan terhadap penyiasatan ke atas kematian Kim Jong Nam.
Beliau yang dipetik Sin Chew Daily berkata, mesyuarat Kabinet pada Rabu
lalu ada membincangkan isu kematian Jong Nam, abang tiri kepada
diktator Korea Utara, Kim Jong Un.
“Kabinet berpendapat, Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol menuduh
Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan dan siasatan ke atas kematian
Jong Nam bermotifkan politik, tanpa menunjukkan sebarang bukti, adalah
tindakan tidak profesional.
“Bagaimanapun, anggota Kabinet tidak pernah ada idea ini (putuskan
hubungan dengan Pyongyang)… tetapi ini perlu berdasarkan perkembangan
semasa," katanya.
Katanya, dalam mesyuarat itu, Najib turut meminta Kementerian Kesihatan
dan Kementerian Luar lebih proaktif serta telus dalam memberi maklumat
mengenai kes Jong Nam bagi mengelakkan sebarang spekulasi.
“Jika tiada maklumat terkini, banyak spekulasi akan timbul dan ini tidak baik untuk kerajaan.”
Beliau berkata, Kabinet berpuas hati terhadap siasatan dijalankan polis
dan Kementerian Kesihatan setakat ini kerana kedua-dua pihak itu
menjalankan tugas secara profesional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan