shahbudindotcom
Selepas
sekarang Pas seolah-olah sudah berada dalam dakapan UMNO, Najib Razak
dilaporkan meluahkan keyakinan dalam beberapa perjumpaan bahawa BN akan
menang PRU 14 akan datang ini.
Seorang
pemimpin UMNO yang banyak kali menghadiri perjumpaan tersebut berkata,
Najib tidak pernah memperlihatkan kebimbangan atau mood lain selain
keyakinan untuk menang dalam setiap pertemuan yang dihadirinya.
Najib
seterusnya dilaporkan meminta, momentum kemenangan yang ada ketika ini
perlu terus dikekalkan sehinggalah tarikh pilihanraya diumumkan.
Keyakinan
Najib terhadap kemenangan itu dikatakan tidak lain ialah berikutan
pertolongan tidak langsung yang dihulurkan Pas melalui keinginan parti
Islam itu untuk memastikan berlakunya pertandingan tiga penjuru dalam
PRU 14 nanti.
Najib
juga dikatakan tidak begitu memperdulikan sama ada parti-parti komponen
bukan Melayu dapat menyumbang kerusi atau sebaliknya kerana melalui
pertandingan tiga penjuru itu nanti, ia sudah memadai untuk BN membentuk
kerajaan.
Tentang
hubungan dengan Pas yang dilihat seperti bersama UMNO, tetapi tiada
sebarang perjanjian rasmi dan dalam masa yang sama masih juga meneruskan
perbincangan dengan Bersatu, Najib dilaporkan melahirkan keyakinan agar
"usah bimbang dengan pendirian Pas."
Najib
seterusnya memberitahu, usah peduli atau terkesan dengan sebarang
tanggapan serta tohmahan mengenai hubungan baik antara UMNO dan Pas
sekarang, termasuk mengaitkannya dengan wang ringgit dan sebagainya
kerana yang penting ialah matlamat untuk menang pilihanraya.
Memang
sejak minggu-minggu kebelakangan ini, Najib mula menyibukkan diri
dengan menghadiri beberapa perjumpaan tertutup dengan beberapa kumpulan
dalam UMNO serta agensi-agensi yang ada kaitan dalam membantu kemenangan
BN.
Keadaan
ini memberi petunjuk bahawa tarikh pilihanraya semakin hampir dan
tarikh yang paling banyak disebut untuk Najib membubarkan Parlimen ialah
selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Soalnya,
dengan keyakinan Najib bahawa BN akan menang PRU 14 akan datang melalui
bantuan secara tidak langsung oleh Pas itu, sedarkah parti Islam itu
mereka kini seolah-olah sedang dipergunakan oleh UMNO?
Apakah
Pas rela diperlakukan sedemikian oleh UMNO yang selama bertahun-tahun
selama ini dianggap sebagai musuh paling utama atau ada faktor lain yang
mendorong ia terjadi?
Selepas BN menang pula, apa ganjaran yang bakal diterima oleh Pas?
Adakah Pas akan bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan campuran dan seterusnya bakal menganggotai kabinet?
Atau
mungkinkah, jika jumlah kerusi BN mencukupi untuk membentuk kerajaan,
Pas akan ditinggalkan begitu saja oleh Najib dan UMNO?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan